Malaysia independent day

Bahang sambutan semakin dirasai
18,000 peserta terlibat jayakan perarakan, persembahan Hari Kebangsaan 2017

3
KUALA LUMPUR, 29 Ogos -- Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat persembahan ketika raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka hari ini.Sambutan bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa kali ini lebih istimewa apabila ia mengimbas semula detik pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka dan dijayakan oleh 18,000 peserta termasuk penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.--fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA
Roskhoirah Yahya
30 Ogos 2017 3:00 AM

KUALA LUMPUR 29 Ogos - BAHANG kemeriahan sam­butan Hari Kebangsaan ke-60 semakin dirasai dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak me­nyaksikan raptai penuh di Dataran Merdeka di sini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 8.15 pagi itu diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Keruak dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Dr. Zaharah Syed Ahmad.

Sambutan bertema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ kali ini lebih istimewa apabila ia mengimbas semula detik pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.

Dalam raptai penuh itu, Najib turut melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali sebagai mengimbas kembali detik bersejarah yang pernah dilakukan oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman.

Menggunakan teknologi mo­den termasuk skrin besar LED, sambutan kali ini membawa semula nostalgia 60 tahun kemerdekaan negara dengan penonjolan suasana kehidupan zaman itu termasuk dari segi rupa dan gaya masyarakat berpakaian.

Acara persembahan tahun ini antara lain akan mengimbas prakemerdekaan meliputi zaman penjajahan Bri-tish dan Jepun, darurat dan detik bersejarah pengisytiharan tarikh kemerdekaan, ambang merdeka dan hari kemerdekaan serta pengisytiharan Hari Malaysia.

Era kepimpinan Perdana Men­teri Malaysia kedua hingga keenam turut dipersembahkan, memaparkan kejayaan dan­ pembangunan negara sejak merdeka hingga ke hari ini.

Pada tahun ini, seramai 18,000 peserta terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan ke­selamatan, badan bukan ke­rajaan dan pelajar sekolah terlibat dalam persembahan padang, perarakan dan perbarisan serta pertunjukan udara.

Tag Berkaitan
Kuala Lumpur  Acara Perayaan Semasa

Comments